Tuesday, 28 January 2020

KESAN KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara.  Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu
  Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga
  Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat
  Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

Kesan Ke atas Negara

  Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk. 

#NurDayanaBalqis
Gilap potensi remaja tangani gejala sosial.

KEPUTUSAN Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaskan Sam Ka Ting, seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 masih mengundang perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.
Namun, rata-rata aktivis sosial di kerja lapangan banyak berpandangan bahawa semua pihak perlu serius dan fokus terhadap hal perancangan kehidupan dan pembangunan generasi muda hari ini.
Sama ada suka atau tidak, sehingga ke hari ini usaha memandu generasi muda ke hadapan dengan cara meningkatkan kebolehan dan daya fikiran mereka dalam menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan masih belum mencapai tahap terbaik seiring kemajuan negara.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang diharapkan melahirkan watak masyarakat Malaysia yang lebih bertanggungjawab hanya akan terbentuk dan memberi makna apabila orang muda diberi perhatian dan keutamaan dalam pelbagai aspek perancangan kehidupan dan pembangunan mereka kerana mereka adalah pelapis yang akan mewarisi kepemimpinan serta mendukung wawasan negara.
Kita harus bersyukur bahawa hampir semua rakyat kita dapat merasai dan menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negara. Pencapaian ini adalah kerana perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi negara yang rapi dan adil kepada semua masyarakat.
Program khusus diatur untuk golongan termiskin, penduduk di luar bandar dan pedalaman, mereka yang kurang upaya serta memerlukan jagaan khas. Kita harus bersyukur di atas perhatian dan kesungguhan kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam melaksanakan dasar positif ini.
Namun, kita masih berdepan cabaran dalam bentuk lain yang melanda anak remaja kita. Gejala dan penyakit sosial seperti lumba motosikal haram, basikal lajak, kehamilan luar nikah, penyalahgunaan dadah, dan perbuatan yang melanggar tatasusila budaya timur kita pun menular dalam kalangan remaja.
Mengetahui mengenai masalah sosial sahaja tidak mencukupi, bahkan tidak berguna sekiranya ia tidak disusuli dengan cara penyelesaian dan pencegahan. Hakikatnya, setiap individu ada pilihan dan kita perlu membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga dengan membina benteng diri dan menjauhi daripada pengaruh serta unsur negatif dan bahaya.
Remaja adalah golongan yang amat mudah dipengaruhi oleh unsur negatif kerana sifat semula jadi remaja untuk mencari identiti sendiri, mudah terikut dengan gaya cara budaya ‘moden’, sentiasa diselubungi dengan sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berani menghadapi risiko’.
Pengaruh positif pula agak lambat untuk menambat hati remaja kerana ia lebih menekankan disiplin, kerajinan, ketahanan diri dan hanya akan mendapat hasil dan faedah selepas berusaha gigih, tekun dan bersabar. Menyedari pentingnya untuk membentuk sikap dan nilai positif dalam kalangan remaja, kita sebagai orang dewasa dan rakan sebaya seharusnya bersedia memberi dorongan dan bimbingan berterusan untuk membangunkan remaja sihat lagi cemerlang.
Pendidikan sepanjang hayat, ketinggian moral dan rohaniah serta kemahiran untuk menghadapi cabaran era baharu pembangunan adalah kekuatan paling penting untuk dimiliki setiap individu, remaja mahupun dewasa.
Bagi tujuan ini, Dialog Profesion Kerja Sosial bertajuk ‘Kerja Sosial: Realiti atau Fantasi’ anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Persatuan Pekerja Sosial Malaysia pada 31 Oktober 2019 lalu yang menghimpunkan pekerja sosial dan sukarelawan sosial di lapangan diharap akan melahirkan modul pembangunan remaja direka khusus.
Matlamatnya memberi peluang dan dorongan kepada remaja membangunkan sepenuhnya potensi diri daripada perspektif mental, fizikal, sosial dan kerohanian. Alam remaja adalah tahap kritikal dalam proses perkembangan individu yang penuh dengan pelbagai dugaan dan pancaroba.
Ini masa untuk remaja membentuk sifat kendirinya dan menentukan watak dan cara gaya hidupnya berasaskan didikan dan jagaan ibu bapa, pengalaman dan suasana persekitaran. Andainya remaja tidak kuat dalam pegangan nilai murni dan agama serta kurangnya bimbingan keluarga dan guru, mereka pasti mudah hanyut dengan penyakit sosial yang sentiasa menunggu mangsanya.
Dalam usaha kita mencari punca dan sebab berlakunya gejala sosial, beberapa pihak disalahkan, antaranya ibu bapa, sekolah, media ataupun remaja sendiri. Banyak isu dan masalah dihadapi remaja hari ini mempunyai kaitan rapat antara pengaruh dalaman iaitu keluarga itu sendiri dan pengaruh luaran.
Anak remaja hari ini perlu dibimbing dengan pendekatan baharu bagi membolehkan mereka memahami diri sendiri, membentuk watak, keyakinan diri dan benteng diri untuk menjauhi pengaruh dan penyakit sosial. Semua remaja diseru membuat pilihan bijak dan menjadi contoh atau role model di antara satu sama lain sebagai rakan sebaya.
Tiba masa bagi setiap masyarakat bekerjasama berganding bahu dalam mencari strategi paling berkesan untuk penyelesaian dan pencegahan gejala sosial. Seruan jihad perjuangan ini kepada semua pihak – ibu bapa, sekolah, pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta sektor swasta untuk bersama-sama bertindak dalam apa juga bentuk yang boleh menghasilkan kebaikan.
Usaha bersama ini mengharapkan agar remaja akan berasa bangga dengan kemampuan diri sendiri dengan sentiasa menjadikan kekuatan dalam diri sebagai benteng untuk menangkis segala dugaan dan cabaran yang boleh merosakkan diri sendiri.
Jadikan segala gejala sosial negatif sebagai cabaran dan sempadan. Gunakan usia muda ini dengan penuh bijaksana dan hikmah untuk menuju ke tahap kecemerlangan diri. Dengan amalan hidup positif lagi sederhana dalam setiap aspek kehidupan, remaja akan mampu membawa negara ke abad dan iltizam baharu.

#NurulAin

Monday, 27 January 2020

Gejala sosial di kalangan mahasiswa IPT.
Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh. 

Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.

 Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah tersebar di kalangan para remaja serta muda-mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi ianya turut melanda mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan sebagai intelektual yang merupakan pelapis negara yang bakal menerajui kepimpinan sekaligus diharapkan dapat membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat menjadi penyumbang kepada masalah kebejatan akhlak dalam masyarakat Malaysia kini khususnya di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Masalah sosial merupakan gejala abnormal atau tingkah laku yang tidak bermoral dan bersifat merosakkan. Ini bermaksud semua aktiviti yang membawa kepada keruntuhan akhlak perlu dihindari kerana boleh merosakkan peribadi dan nilai-nilai baik dalam diri seseorang individu. Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan. Inilah yang membawa kepada tindakan-tindakan seperti keinginan berdua-duaan tanpa had waktu, menghabiskan masa dengan berbual di telefon, internet atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms), keluar bersama sehingga lewat malam malah ada yang pergi ke disko atau pub-pub. Perlakuan di atas sebenarnya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh membawa kepada perlakuan yang lebih sumbang dan tidak bermoral. 

 Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini terdiri dari pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.

  Sebagai contoh, menurut laporan akhbar tempatan pada 1 Febuari 2008, 800 pelajar wanita universiti ‘dikuarantin’ bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka. Bukan itu saja, masyarakat juga didedahkan dengan berita pelajar IPT ditangkap berkhalwat sama ada sesama pelajar atau dengan orang lain. Tidak kurang juga pelajar IPT yang berpeleseran di disko atau kelab malam setiap hujung minggu.  Beberapa perkara dilihat sebagai faktor yang menyumbang ke arah keruntuhan akhlak dan moral mahasiswa. Antaranya, ramai di antara mereka yang terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang berpasangan. Keseronokan rakan-rakan membangkitkan keinginan ingin mengalami situasi yang sama. Keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada mereka jika mereka tidak mempunyai teman hingga di tahun akhir pengajian.  Menurut pandangan Arnida Abu Bakar, 31 Tahun, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, gejala sosial ini boleh di kategorikan kepada pelajar-pelajar yang tidak datang ke kelas, ponteng, merokok, suka melepak serta tidak melaksanakan kerja yang di suruh oleh pensyarah.“Merokok boleh menyumbang kepada masalah gejala sosial yang lain, kerana dengan merokok para pelajar secara tidak sedari akan terlibat dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya sekiranya para mahasiswa itu tidak tahu untuk menjaga diri mereka,” ujurnya.           

 Menurut Ahmad Hilmi, 23 Tahun, pelajar Kaunseling tahun Tiga, gejala ini semakin meruncing, mereka seperti tidak mempunyai pelajaran dan tidak nampak seperti mahasiswa. Pengaruh rakan-rakan, ‘culture shock’, dan tiada pemerhatian dari ibu bapa menyebabkan gejala ini berlaku.            

 “Kebanyakan mereka yang terlibat dalam gejala ini adalah kerana terpengaruh dengan pengaruh rakan-rakan mereka. Selain daripada itu, ‘culture shock’ juga memyebabkan gejala ini berlaku. Gejala ‘culture shock’ ini terjadi apabila mahasiswa yang berasal dari kampung jauh di pendalaman dan seterusnya berada jauh dari ibu bapa, mudah terhasut dengan kawan-kawan dari Bandar. “Apabila mereka semua berada jauh dari ibu bapa, mereka yang tidak mempunyai asas iman yang kuat selalunya mudah terlibat dalam gejala ini. Ingin mencuba sesuatu yang baru dan merasakan sesuatu yang baru itu menyeronokkan seterusnya akan terus melakukan perkara tersebut juga menyebabkan mereka ini terlibat dalam gejala sosial ini,” ujurnya. 

“Dalam konteks kaunseling, kami hanya dapat membentuk dan membimbing serta memberi jalan kepada mereka kerana kaunseling tidak boleh memaksa mereka berubah, hanya diri mereka sendiri yang dapat merubah diri mereka,”ujurnya lagi.

  Bagi Muhammad Alif Ismail, 23 Tahun, yang merupakan NYDP MPP USIM, pada pendapat beliau, ketiadaan intergriti dalam diri, iaitu bertindak secara sonsang dalam segala peraturan yang telah ditetapkan.

 “Peraturan itu bukannya untuk menyekat kehidupan, tetapi untuk melahirkan keterampilan mereka. Walau sekecil mana pun undang-undang itu, tetapi jika kita menghayatinya, Insyaallah gejala ini dapat dikurangkan. Ini kerana undang-undang sebenarnya melibatkan jiwa dan nilai dalam diri mereka. 

Pendedahan luar juga menjadi faktor timbulnya gejala ini. Kedatangan para pelancong dari luar negara dengan membawa budaya mereka akan menyebabkan ada dikalangan mahasiswa terikut dengan budaya mereka. Ini kerana dengan adanya nilai yang berinteraksi dengan tindakan yang berterusan akan menyebabkan tabiat. “Pengetahuan dan penghayatan agama yang kurang juga dilihat menjadi salah satu faktor utama berkembangnya masalah sosial di kalangan mahasiswa. Jika ajaran-ajaran agama tidak dihayati dan dipraktikkan terutama dalam soal pergaulan, pasti mereka tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan apa jua cabaran khususnya yang berkaitan dengan nafsu, emosi, perasaan dan hati,” tegas beliau lagi. 

 Agama Islam meletakkan beberapa prinsip, panduan, larangan dan batasan tertentu dalam soal pergaulan membabitkan lelaki dan wanita bukan mahram. Kegagalan mempraktikkannya serta sikap tidak mengendahkan ajaran agama menyebabkan ramai yang terlanjur melakukan maksiat dan dosa. Mengenai pengetahuan dan penghayatan agama ini, Arnida Abu Bakar menegaskan bahawa, seharusnya perkara ini adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan anak-anak dengan pendidikan agama yang secukupnya bermula sejak mereka masih kecil lagi.

Memberikan pendidikan agama sejak kecil dengan secukupnya akan memberikan kesan yang amat mendalam.  “Anak-anak akan kenal tentang asal-usul akidah dan prinsip tauhid dan iman dengan baik seterusnya membuka mata anak-anak tentang pentingnya ketaatan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya dengan mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.  “Dengan itu, anak-anak akan faham tentang hukum-hakam yang terdapat dalam Islam serta mereka dapat membiasakan diri mereka dengannya sejak kecil lagi. “Anak-anak akan dapat mengenal hukum-hukum ibadah beserta kepentingannya dan membiasakan diri untuk menunaikannya sejak kecil lagi dan supaya mereka membesar dalam ketaatan kepada Allah S.W.T, menunaikan hak-Nya, mensyukuri segala nikmat-Nya, berlindung diri kepada-Nya, yakin kepada takdir-Nya serta berserah diri kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan,” tegasnya lagi. 

Media Massa juga turut mempengaruhi gaya hidup mahasiswa kini. Bermacam-macam program hiburan telah disiarkan dan telah menjadi program tetap dalam satu-satu syarikat televisyen tersebut. Antara yang popular kini ialah program “realiti tv” yang memaparkan kehidupan seharian individu yang sedang dalam proses untuk menjadi artis, dengan percampuran antara lelaki dan wanita di dalam satu tempat tinggal serta menjalani pelbagai latihan kesenian bersama-sama. Ini semua mampu mempengaruhi golongan remaja terutamanya mahasiswa dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari.

Mereka akan mudah terikut-ikut dengan gaya hidup yang dipamerkan.  Banyak budaya dari Barat telah berjaya menyelinap masuk melalui media massa. Selain daripada rancangan berbentuk “realiti TV”, sejak dahulu lagi telah banyak siaran-siaran televisyen yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat Malaysia telah disiarkan. Adegan berpelukan, berciuman dan pendedahan aurat sememangnya telah menjadi menu khas setiap rancangan televisyen. Apabila siaran-siaran sebegini ditonton oleh anak-anak yang meningkat remaja maka ia boleh menyebabkan mereka banyak berkhayal dan timbul rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Inilah yang menyebakan muda-mudi semakin berani untuk mencuba melakukan perkara-perkara terkutuk tanpa segan silu apatah lagi memikirkan kemurkaan Allah S.W.T yang menanti mereka. 

 Semua yang telah diperkatakan tadi adalah merupakan faktor luaran yang sedikit sebanyak menjadi punca keruntuhan moral dikalangan mahasiswa. Namun begitu, dengan pengamalan dasar percampuran jantina di kolej-kolej kediaman atau penginapan mahasiswa di pusat pengajian tinggi juga dilihat sebagai faktor yang menyokong perkembangan masalah sosial di kalangan mahasiswa. Apabila tinggal di tempat yang sama, ini memudahkan mereka bersama ke sana ke mari tidak kira siang atau malam. Senario di kampus memaparkan bagaimana mahasiswa masih boleh membonceng motosikal pasangan masing-masing dan keluar bersama walaupun sudah lewat malam dan meniti waktu pagi. 

Bagi Lukman Nurhakim, 23 tahun, pelajar FPBU tahun 2, setiap individu yang bergelar mahasiswa tidak kira apa jua agama yang dianuti perlu ada kesedaran agama sebagai suatu tembok pendinding daripada terjebak dalam gejala sosial. “Ini dapat dilakukan dengan menghampirkan diri dengan Tuhan dengan melakukan pelbagai amalan kerohanian. “Bagi mereka yang beragama Islam, kekuatan rohani bukan sahaja dilihat sebagai pendinding daripada melakukan maksiat tetapi juga sebagai suatu ikatan yang kukuh di antara hamba dengan pencipta-Nya dalam menggapai redha-Nya serta kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak,” ujurnya. Akal juga perlu digunakan dengan sebaik mungkin dalam memastikan segala tindak-tanduk yang ingin dilakukan itu tidak bertentangan dengan agama dan norma-norma masyarakat. Berfikir dahulu sebelum bertindak adalah lebih utama daripada melakukan sesuatu dengan tanpa berfikir. Dalam Islam, akal yang dipandu oleh iman adalah kombinasi yang mantap dalam mengawal nafsu yang selalu mendorong ke arah kerosakan. Justeru, kekuatan rohani sebagaimana yang disebutkan di atas serta kebijaksanaan akal fikiran adalah penting bagi setiap individu dalam mengawal tingkah-laku agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.Setiap individu mahasiswa disarankan agar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti atau program-program yang berfaedah bagi membina sahsiah diri yang mulia. Ini kerana, pembentukan sahsiah yang mulia tidak akan dapat diperolehi di dalam dewan atau bilik kuliah. Justeru, ia hanya boleh diperolehi apabila melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti atau program-program yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan atau pihak universiti sendiri.Selain itu, dalam membendung gejala sosial di kalangan mahasiswa ini, setiap individu mahasiswa perlulah bersama-sama nasihat-menasihati, ingat-memperingati di antara satu sama lain terutamanya kepada rakan-rakan yang dilihat bermasalah.

Dekati mereka dan bimbinglah mereka yang bermasalah agar mereka ini tidak terus dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial di kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif.Pihak universiti terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani gejala sosial di kalangan mahasiswa. Justeru, dasar pengasingan penginapan mengikut jantina diharapkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk setiap kolej kediaman mahasiswa oleh pihak universiti. Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal dalam menangani gejala sosial di kalangan mahasiswa selain penguatkuasaan peraturan tatatertib universiti terhadap pelajar.Selain itu, pihak universiti perlulah menguatkuasakan peraturan tatatertib ke atas mahasiswa dengan konsisten dan mengenakan tindakan tatatertib yang lebih berat bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Nama serta tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas mahasiswa yang bersalah perlulah dipaparkan kepada seluruh warga kampus sebagai satu pengajaran dan amaran kepada warga kampus supaya apa yang telah berlaku tidak akan berulang kembali. Pihak universiti juga seharusnya memberikan kuasa serta meminta kerjasama daripada pengawal keselamatan untuk menahan atau mengenakan tindakan kepada mana-mana mahasiswa menunggang motosikal yang dilihat membonceng pasangan mereka kecuali yang telah bernikah di sekitar kawasan kampus. Tidak ketinggalan juga mahasiswa yang menaiki kereta berdua-duaan dengan pasangan mereka.

Ini kerana, budaya sedemikian telah menjadi suatu kebiasaan di kalangan mahasiswa dan ia tidak lagi dilihat sebagai satu kesalahan dari sudut agama apatah lagi dari sudut budaya masyarakat Memperbanyakkan program-program yang membina sahsiah mahasiswa juga merupakan langkah yang baik dalam menanam akhlak yang mulia di dalam diri setiap mahasiswa. Program-program seperti seminar, kolokium, kem motivasi, kem kecemerlangan mahasiswa dan sebagainya dilihat amat berguna bagi mahasiswa. Namun, pihak universiti perlulah menapis sebarang program yang ingin dianjurkan oleh mana-mana pihak yang dilihat tidak memberikan manfaat khususnya terhadap pembangunan sahsiah mahasiswa terutama yang berbentuk hiburan. Berhibur tidak salah asalkan cara dan salurannya bersesuaian dari sudut agama dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru, perkara ini juga perlu diambil perhatian oleh pihak universiti. 

            Institusi keluarga juga amat penting, kerana pada hari ini ramai ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup dengan anak-anak, akibat terlalu sibuk bekerja Sebagaimana yang sepatutnya, pendidikan anak-anak adalah bermula sejak kecil lagi. Tanggungjawab ini terletak di bahu ibu bapa. Ini kerana,rata-rata di kalangan ibu bapa ada yang tidak ambil kisah dengan didikan anak-anak pada waktu mereka kecil. Mereka terlalu memanjakan anak-anak dan akhirnya terlupa memberikan didikan yang sempurna dan sepatutnya kepada anak-anak terutamanya didikan agama. Justeru, didikan yang sempurna sejak kecil adalah amat penting dalam membina akhlak anak-anak kerana anak-anak adalah diibaratkan seperti kain putih yang suci dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka sama ada dengan corak yang cantik atau sebaliknya.

 Walaupun telah memberikan didikan yang sempurna sejak kecil, ibu bapa hendaklah sentiasa menjaga serta membina hubungan yang baik dengan anak-anak sampai ke akhir hayat. Dengan demikian, anak-anak akan merasakan mereka dihargai dan disayangi hatta mereka telah dewasa. Justeru, pastinya mereka tidak akan tergamak untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah ibu bapa mereka. Ini boleh dilakukan dengan mengambil tahu tentang segala aktiviti anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan. Bukan bertujuan untuk mengongkong sebaliknya sebagai tanda kasih sayang dan prihatin ibu bapa terhadap anak-anak kerana khuatir mereka akan tersalah langkah.    

 Usaha kerajaan mendidik mahasiswa yang mampu berdaya saing perlulah dilaksanakan segera. Ini akan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terbabit dengan aktiviti belia dan tidak tertumpu dalam alam kampus saja. Langkah ini dilihat sebagai satu pelaburan dalam pembinaan modal insan. Pelaksanaan ini akan memberi faedah kepada negara dalam menyediakan masyarakat khususnya mahasiswa yang bukan saja berpengetahuan dan berkemahiran malah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.  Menurut Fauziah, 21 tahun, Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, usaha ini mampu menyuntik nilai tambah kepada pelajar dalam konteks kepemimpinan. “Secara tidak langsung ini dapat menanam minat mahasiswa berpersatuan dan mengubah persepsi mereka agar tidak hanya menumpukan pencapaian akademik. “Pembabitan mahasiswa dalam pertubuhan belia memberi banyak kesan positif kepada masyarakat dan negara kerana ia dapat melahirkan generasi berwawasan dan berketrampilan tinggi, sekali gus memupuk nilai jati diri dan budi pekerti yang mulia,” ujurnya ringkas.

Peranan semua pihak sememangnya diperlukan dalam mengurangkan seterusnya membendung gejala yang tidak sihat ini dari terus merebak ke dalam saraf-saraf sosial mahasiswa pada masa akan datang.
#NurDayanaBalqis

Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja Kian Menular

Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak atau yang melibatkan adik beradik masih lagi hangat diperbincangkan. Beberapa perkara penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang kurang dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh sebahagian ibu bapa. Hal ini akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan sehingga berkembang biak, yang dibimbangi jika tidak ditangani akan menjadi dahan pohon yang sukar untuk dicantas lagi. 

Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Perkara yang buruk hendaklah dihindarkan agar ianya tidak member kesan buruk kepada kita. Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa jua ruang yang boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan. 

Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku hari ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya ibu bapa mengambil berat dan memahami beberapa adab dan syariat yang telah disusun oleh Islam, yang melindungi aurat dan maruah anak-anak juga ibu bapa itu sendiri. 
Nabi SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) kedua- dua ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi. 

Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah menyusun beberapa adab dalaman
dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunah
Rasulullah SAW sendiri. 

Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah SWT. Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. 

Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah SWT. dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum
baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu :
Sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak. Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. 

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 
 (An-Nur: 58-59) 

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan `harta' yang menjadi
benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak, sama ada yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus diatur dan dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibu bapa, terutama waktu-waktu tertentu ibu bapa yang menyentuh masa istirahat mereka. 

Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. ini kerana dapat mendidik anak-anak lebih menghormati ibu bapa. 
Allah SWT. menjelaskan bahawa kedudukan atau tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Oleh itu untuk menjaga aurat dan kehormatan diri mereka, anak-anak sewajarnya diajar akan adab-adab meminta izin terlebih dahulu. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas iaitu:

1. Sebelum solat Subuh Waktu ini ialah waktu ketika ibu bapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibu bapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk. 

Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu `persendirian' bagi ibu bapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibu bapa. 

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu `Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat atau kemungkinan sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. 
Justeru itu anak-anak sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu bapa mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak. 

3. Selepas Isyak Waktu-waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara. 

Tegasnya bahawa gerak laku yang diatur oleh Allah SWT. melalui adab meminta izin ini menjelaskan kepada kita betapa Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Hal ini kerana, waktu-waktu yang disebutkan di atas tidak terhad hanya kepada ruang dalaman rumah kita sahaja, malah ia merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita. Waktu yang disusun oleh Allah SWT. itu juga mengandungi hikmah yang tersendiri, yang sebenarnya mendidik ibu bapa dan anak-anak agar tidak bertamu ke rumah jiran tetangga atau sahabat handai yang boleh mengganggu ketenteraman dan waktu rehat mereka. 

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga wajar dipraktikkan oleh Ibu bapa sendiri melalui konsep `Kepimpinan Melalui Teladan'. Jika anak-anak yang masih kecil pun harus diatur dan dididik dengan adab-adab yang melindungi maruah dan aurat ibu bapa, maka ibu bapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. 

Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam, yang boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik. 

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunah dan etika yang digariskan oleh Rasulullah SAW. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna. 

Pembahagian struktur ini telah disusun oleh Nabi SAW. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan) . (Riwayat Abu Daud) 

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif, Islam telah menutup ruang atau benih-benih yang boleh membawa gejala tersebut. 

Pertama sekali, Islam telah menyusun struktur dalaman sebuah rumah. Rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan. 

Hal ini sebenarnya berhubung kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak. Biasanya ia bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. 

Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan
hormon dalam tubuh badan seseorang. Perkembangan jantina ini - dalam Islam ia disebut sebagai peringkat umur baligh - biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan `ingin tahu' mereka. Sudah menjadi lumrah, remaja mudah terpedaya dan ingin mnecuba sesuatu yang baru. Mereka juga pantang dicabar, pasti menyahut cabaran itu walaupun mengetahui risiko dan bahaya yang bakal ditempuhi. 

Maka di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah SAW. supaya ibu bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka. 

Senario kegawatan akhlak remaja Islam dan yang berlaku dewasa ini boleh diatasi sekiranya ibu
bapa menjaga keluarganya dengan adab-adab berdasarkan sunah dan syariat yang telah diatur oleh Islam. 

Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT. melalui firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6) 

Adab-adab seorang anak tehadap ibu bapa ialah :

1. hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan dan perintah ibu bapa. 
2. hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya. 
3. hendaklah ia menjunjung segala perintah kedua-duanya. 
4. jangan ia berjalan dihadapan keduanya. 
5. janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya. 
6. hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya. 
7. hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya
8. hendaklah ia bersikap tawadhuk kepada keduanya
9. jangan ia menyebut-nyebut jasanya kepada kedua-duanya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhitmatannya bagi keduanya. 
10. janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan. 
11. janganlah ia memasamkan mukanya di hadapan keduanya
12. janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripada keduanya. 

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SOSIAL REMAJA
PERBAIKILAH DIRI KAMU DAN SURUHLAH ORANG LAIN
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam, dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji ) . Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya (Surah Ali-Imran : 104 ) 
Dan (ingatlah wahai Muhammad) , ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman) : Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. (surah Al-Baqarah ; Ayat 85 ) 

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja adalah faktor penolakan dan penarikan. Penolakan bermaksud perihal di dalam rumah yang menolak remaja untuk keluar dan mencari hiburan diluar. Kebanyakan remaja akan mempunyai akhlak yang baik sekiranya suasana di dalm rumah yang hamoni. Mustahil akhlak remaja tersebut boleh runtuh didalam rumah sendiri yang harmoni. Jadi faktor penolakan ini menolak remaja dari kekal didalam rumah. Antara faktor ini adalah hubungan renggang antara ibu dan bapa, kehidupan terabai dek kerana ibu bapa sibuk mencari wang ringgit, akhlak ibu bapa itu sendiri yang teruk seterusnya mendorong anak-anak manjadikan mereka contoh dan beberapa factor-faktor lain. 

Kemudian ada faktor penarikan. Elemen di luar rumah yang menarik remaja untuk keluar dan terjerumus kedalam bencana keruntuhan akhlak. Element ini dengan mudah boleh disenaraikan, seperti rakan sebaya, teknologi yang semakin moden, cabaran, keseronokan, dadah, motor, dan macam-macam lagi. 

Bagi mengatasi masalah sosial remaja, semua pihak perlu memainkan peranan penting. Ibu bapa merupakan pihak yang dekat dengan anak-anak. Mereka perlu meluangkan masa untuk anank-anak. Masa yang terluang pada hujung minggu boleh diisi dengan beriadah bersama keluarga. Mereka lebih sibuk mencari rezeki dan nafkah sehingga melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak. Anak-anak perlukan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu mengetahui pergerakan dan perkembangan anak-anak. Ini bukan bermakna ibu bapa perlu mengongkong, anak- anak akan lebih agresif jika ibu bapa berbuat demikian. Suasana harmoni di dalam rumah turut membantu anak-anak agar berasa selesa dan selamat. Walaupun di dalam rumah, batas-batas aurat perlu dijaga. Hal ini kerana, bagi menghindari maksiat yang terjadi dari dalam rumah. 

Selain itu, peranan kawan-kawan amat penting kerana mereka yang paling akrab dan memahami masalah yang dialami oleh anak-anak. Anak-anak lebih suka meluahkan masalah kepada rakan-rakan sama ada masalah tentang keluarga, kewangan, mahupun perasaan. Rakan-rakan perlu memberi nasihat yang positif dan membina agar tidak membuatkan anak-anak melakukan sesuatu yang tidak elok. Oleh itu rakan yang memberi impak negetif perlu dihindari agar tidak mudah terpengaruh. 

Peranan institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting. Di sekolah para pengajar perlu peka terhadap anak murid. Kebelakangan ini masalah sosial remaja berlaku di sekolah kerana kemaksiatan yang sering dilakukan di dalam kawasan sekolah. jika terdapat sebarang masalah dan kemusykilan, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa. Para pelajar perlu membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak senonoh. 

Malahan, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Pihak jabatan agama islam bagi setiap negeri perlu mengambil tindakan tegas kepada remaja yang melakukan kemaksiatan seperti berkhalwat, berzina, bersekududukan, minum arak, dan sebagainya. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka perlu dijalankan agar dapat memberi pengajaran kepada mereka dan orang lain. Mereka ini perlu diberikan kaunseling bagi membina jati diri dan memberikan infomasi tentang kesan dan natijah yang dihadapi sekiranya melakukan sedemikian. Perkara seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri remaja itu sendiri, malah turut memberikan kesan kepada nama baik keluarga, agama, bangsa dan negara. Kebanyakan masyarakat tidak mematuhi dan mengabaikan peraturan yang telah ditetapkan. Kita dengan sewenangnya melanggari peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam sebuah negara yang berdaulat sudah sedia ada segala bentuk peraturan yang ditetapkan sebagai menjaga dan menjamin kesejahteraan kita namun kita telah mengabaikan peraturan-peraturan ini. Begitu juga dalam agama Islam sendiri terdapat peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah swt namun kita telah mengabaikannya. 

Nabi saw. Sabda Rasulullah saw, ”Aku tinggal kepada kamu DUA perkara yang jika kamu mengamalkannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Dua perkara itu ialah Al-Quran dan Sunnahku. ”
Jika kita bersungguh-sungguh beramal dengan segala pesanan Rasulullah saw nescaya kita umat Islam hari ini tidak akan jadi begini tercabar dan terjatuh akhlaknya.

#NurulAin

Monday, 20 January 2020

RUMUSAN 
  • Remaja / pelajar merupakan aset negara, penyambung warisan dan masa depan negara.
  • Remaja pada alaf ini berhadapan dengan cabaran yang sangat hebat , berhadapan dengan teknologi dan modenisasi.
  • Keluarga, sekolah, komuniti, pemimpin dan kerajaan harus sama-sama berganding bahu membentuk sahsiah diri pelajar dari terjerumus kepada keruntuhan akhlak yang boleh memusnahkan masa depan negara.


Sunday, 19 January 2020

KESAN GEJALA SOSIAL TERHADAP UMAT ISLAM.

  1. Individu 
  • Dipandang sorong dan dicemuh.     
  • Peribadi dan akhlak menjadi buruk.
      2. Keluarga
  • Ketidakharmonian dalam kekeluargaan 
  • Hilangnya kebahagiaan dalam keluarga
       3.Masyarakat
  • Menjadi parok peranda
  • Berpecah-belah
  • Tidak bersatu padu
  • Kadar jenayah semakin meningkat
  • Dipandang serong oleh bangsa lain
      4. Negara
  • Pembangunan negara terbantut 
  • Sosioekonomi negara menjadi lembap 
  • Meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan
  • Akhlak remaja Islam hancur dan rosak dan akan dipandang serong oleh agama lain
BENTUK-BENTUK GEJALA SOSIAL
  • Internet
          Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan  gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui interent umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

  • Institusi kekeluargaan 
      Institusi kekeluargaan  yang bermasalahjuga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi faktor punca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari atlernatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti penceraian dan pergaduhan turut mempergaruhi remaja turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

  • Cara berpakaian
          Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda masakini cukup memalukan. Cara berpakain mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekaligus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan oleh agama islam. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang tetap ditetapkan.

Firman Allah s.w.t
   
 " Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar), cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan yang baik-baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatklah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani" Al-Ahzab : Ayat 50.       

Saturday, 18 January 2020


OBJEKTIF/ TUJUAN 
  1. Menyelesaikan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. 
  2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh remaja.
  3. Meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan remaja
PENGENALAN

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.


Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.


Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.

Gejala sosial dalam komuniti : Satu sorotan penyelesaian dari perpekstif wahyu & bentuk-bentuk gejala sosial. Zulkifli Haji Mohd Yuso...