BENTUK-BENTUK GEJALA SOSIAL
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui interent umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.
Institusi kekeluargaan yang bermasalahjuga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi faktor punca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari atlernatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti penceraian dan pergaduhan turut mempergaruhi remaja turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda masakini cukup memalukan. Cara berpakain mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekaligus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan oleh agama islam. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang tetap ditetapkan.
Firman Allah s.w.t
" Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar), cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan yang baik-baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatklah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani" Al-Ahzab : Ayat 50.
No comments:
Post a Comment