PERBEZAAN KANAK-KANAK DAHULU DAN SEKARANG
Perbezaan paling ketara yang kita boleh tengok antara kedua-dua generasi ni ialah daripada penggunaan teknologi yang telah mengubah lanskap perhubungan antara mereka.

Penggunaan telefon bimbit berjenama nokia 310
Untuk yang lahir tahun 90-an mesti ingat punya phone ini bukan? Zaman ini paling seronok sekali bila main game snake.
Kadang-kadang sampai tak ingat nak makan sebab asyik sangat. Selain game, dengan telefon ini kita juga boleh call dan SMS sahaja. Lagi satu yang best, boleh reka nada dering untuk phone ini. Wah, seronok betul.
Ramai panggil telefon baling anjing sebab ketahannya yang tinggi dan baterinya yang tahan lama sehingga 48 jam. Smartphone sekarang paling lama 12 jam je bateri tahan lepas itu kena cas.
Penggunaan telefon awam
Public phone ini dulu merupakan keperluan yang sangat penting kepada masyarakat. Mana tidaknya, tak semua orang mampu untuk beli telefon bimbit zaman pada zaman dahulu.
Paling legend bila nak guna public phone ni kena beratur sebab tunggu orang depan tengah bergayut tak ingat dunia! Itu belum lagi gelabah bila duit syiling nak habis. Siap ada teori tekan butang 1 dan 3 kalau nak bergayut lebih lama.
Remaja milenial rasanya tak sempat rasa sangat pengalaman ini sebab sekarang ini sudah semakin ramai yang mampu untuk beli telefon bimbit. Paling menarik, bermula tahun 2000, public phone dah boleh digunakan dengan kad prepaid. Tak perlu duit syiling lagi.
facebook & twitter pengganti perhubungan
Aplikasi media sosial yang paling popular kini semestinya Facebook dan Twitter. Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza. Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an. Facebook pula mempunyai audiens yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas.
Boleh dikatakan semua orang ada aplikasi ni dalam telefon pintar masing-masing. Betul tak? Yelah dengan kemudahan telefon pintar sekarang senang korang nak berhubung sebab kemudahan internet jalur lebar terdapat di banyak tempat termasuk di kedai mamak pun boleh dapat WiFi secara percuma.
Selain itu, kini sudah semakin ramai yang mampu untuk melanggan internet menggunakan postpaid dan prepaid, budak sekolah rendah pun dah pakai smartphone sekarang.
#AIDANURWAFFA
No comments:
Post a Comment