Monday, 10 February 2020

Gejala sosial dalam komuniti : Satu sorotan penyelesaian dari perpekstif wahyu & bentuk-bentuk gejala sosial.

Zulkifli Haji Mohd Yusoff Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, Uni. Malaya Abstrak Gejala sosial dalam masyarakat berada di satu tahap yang membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa. Berbagai pihak merasa resah dan gelisah dengan gejala berkenaan kerana dalam tempoh jangka panjang ia akan memberi kesan negatif terhadap generasi mendatang. Petanda awal keresahan dapat dilihat apabila banyak pihak saling mempersalahkan orang lain sedang pada masa yang sama gejala sosial terus subur bagai tumbuhnya cendawan di musim hujan. Kertas ini cuba untuk menyatakan bahawa masa untuk menuding jari ke arah siapa yang menjadi punca lahirnya berbagai gejala tersebut sudah berakhir. Satu langkah pro-aktif perlu dilakukan dan semua pihak perlu bertanggungjawab membendungnya. Cadangan untuk menangani masalah ini secara berkesan cuba disorot menerusi pendekatan wahyu.
Bentuk-Bentuk Gejala Sosial Dalam Komuniti
Bentuk-bentuk gejala sosial jika ingin dibincangkan secara berasingan boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama secara umum yang melibatkan semua pihak samada tua atau muda. Kedua, secara khusus iaitu yang melibatkan golongan remaja. Namun, untuk menentukan garis sempadan antara keduanya bukan merupakan suatu perkara yang mudah. Ini kerana terdapat perkara yang melibatkan golongan dewasa, tetapi kini telah juga melibatkan golongan remaja. Minum arak misalnya, merupakan masalah yang dikongsi bersama antara golongan remaja dan juga dewasa. Sekalipun begitu, terdapat juga garis pemisah yang boleh dikategorikan sebagai jelas, misalnya gejala lari dari rumah. Ini merupakan permasalahan yang hanya melibatkan golongan remaja. Oleh kerana terdapat kemungkinan wujudnya persamaan, maka gejala sosial dalam kertas ini akan dibincang secara bersama dan tanpa garis pemisah antara kedua golongan.1 Antara bentuk gejala sosial yang sering melanda masyarakat dewasa ini dapat disebutkan seperti berikut: 
1- Penyalahgunaan dadah
 Penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika penggunaannya menjejaskan sistem urat saraf.3 Penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama Negara. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi mengatasi masalah ini yang begitu ketara melanda masyarakat Melayu Islam. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dalam tempoh 1996-1997 penagih baru yang dikesan adalah dari kalangan mereka yang berkelulusan PMR dan SPM.Antara Januari hingga Jun 1997 menunjukkan peratus mereka yang mula menagih dadah sebanyak 4% bagi mereka yang tidak bersekolah, 23.9% mereka yang bersekolah rendah, 48.6% dari mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR, 22% yang berkelulusan SPM/MCE/SPVM, 0.7% yang berkelulusan STP/HSC/STPM, 0.7% yang mempunyai diploma/ijazah dan 0.1% yang lain-lain. Mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR merupakan golongan yang terbesar sekali menagih dadah.5 Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) menunjukkan sebanyak 4813 penagih baru dan 5778 kes berulang dicatatkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2001. Kemudiannya seramai 60 penagih baru dikesan setiap hari turut menggambarkan betapa kritikalnya gejala penagihan dadah. 
2- Gangster 
Kebanyakan kes gangsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya. Kes-kes mengenai gangsterisme ini peratus tertingginya adalah melibatkan golongan remaja. Di Kuala Lumpur sekumpulan remaja berusia 16-17 tahun yang tercicir daripada persekolahan telah menubuhkan kumpulan samun. Kumpulan tersebut bergerak selepas jam 12 malam hingga awal pagi dengan menggunakan motosikal dan membuat tinjauan di sesuatu kawasan perumahan dan tempat awam sebelum meragut mangsa terutama mereka yang berjalan bersendirian di tempat sunyi.Pada 6 Ogos 2004 Utusan Malaysia melaporkan seorang kerani wanita mati dilanggar selepas bertengkar dalam nahas kecil. Dia mati dilanggar ole sebuah kereta Proton Waja yang menggunakan nombor pendaftaran motorsikal Modenas selepas dikatakan bertengkar dengan pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki berusia dalam 20-an ekoran kemalangan kecil tersebut. Kejadian ini merupakan satu contoh mudah bagaimana budaya samseng berleluasa masa kini.
3- Melepak 
Lepak merupakan satu aktiviti membuang masa secara mundar-mandir dan bersiar-siar tanpa sebarang arah tuju. Pada kebiasaannya ia berlaku dalam kelompok sekurang-kurangnya dua orang. Waktu lepak tidak terikat dengan waktu, baik siang atau malam. Kelompoknya juga terbuka kepada golongan remaja di kaki lima atau golongan tua di kedai-kedai kopi. Besar kemungkinan mereka memilih melepak sebagai satu cara untuk lari daripada tekanan hidup. Ada juga yang melepak untuk sekadar bersenangsenang dengan kawan.Bagi golongan tua, besar kemungkinan untuk melepaskan penat badan dan melapangkan fikiran setelah penat bekerja. Budaya ini adalah suatu perbuatan yang negatif dan tidak produktif. Sekalipun ia bukan merupakan kes jenayah pada masa kini, tetapi tidak mustahil akan merupakan salah satu punca berlaku masalah sosial di masa akan datang. Kehidupan remaja yang inginkan keseronokan dengan melepak di pusat membeli belah dan pusat hiburan tidak mustahil akan menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial yang lebih besar seperti dadah, khalwat, perlumbaan haram dan sebagainya.
4- Khalwat 
Khalwat dalam bahasa Arab bermaksud perihal perbuatan mengasingkan atau memencilkan diri (menenangkan fikiran dengan bertafakur dan lainlain). Makna kedua pula ialah berdua-duaan di tempat terpencil atau tersembunyi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bukan pula suami isteri yang boleh dianggap sebagai satu perbuatan yang sumbang. Khalwat yang dimaksudkan sebagai masalah sosial di sini ialah khalwat dengan mengasingkan diri di tempat yang sunyi antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan boleh menimbulkan fitnah. Ia merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam Islam. Ini kerana ia merupakan permulaan kepada penzinaan. Pengharaman zina bukan setakat perbuatan itu, tetapi perilaku yang berupa mukaddimah kepadanya juga. Kegiatan khalwat merupakan lanjutan daripada pergaulan bebas dan percampuran lelaki dan perempuan tanpa tujuan yang baik. Biasanya perbuatan ini tidak berakhir begitu sahaja bahkan akan mendorong kepada perkara buruk yang lain seperti seks bebas dan bersekedudukan tanpa sah.Apabila ini berlaku, kejadian seperti pembuangan bayi kerana kelahiran yang tidak dirancang akan terjadi.
5- Minum arak 
Minum arak, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak adalah diharamkan oleh Islam. Namun perbuatan ini dilihat sebagai suatu yang remeh oleh masyarakat hari ini. Kegiatan ini bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada peminumnya tetapi juga kepada keluarga dan orang lain. Seseorang kaki minum akan melupakan tanggungjawab terhadap keluarga malah tercebak kepada masalah keganasan rumahtangga dan penganiayaan terhadap anak-anak.
6- Lari dari rumah 
Masalah anak-anak lari dari rumah adalah berkaitan rapat dengan kepincangan dalam mengendalikan rumahtangga. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di luar untuk mencari keseronokan kerana apabila berada di rumah mereka sering terkongkong akibat persekitaran rumah yang sempit, adik beradik yang ramai atau dimarahi ibu bapa. Tidak kurang juga sebab mereka lari adalah kerana kemiskinan keluarga, pergaduhan ibu bapa, pengaruh filem dan lain-lain. Menurut Berita Harian, kes lari dari rumah telah menjadi semakin serius apabila 26,092 orang telah dilaporkan hilang dalam tempoh 1990-1996 dan kebanyaknnya adalah remaja. Satu petunjuk yang mengejutkan telah menunjukkan bahawa bilangan remaja Melayu lari dari rumah adalah lebih tinggi jika dibandingkan daripada kaum-kaum yang lain.
7- Gejala bohsia 
Perkataan bohsia berasal dari perkataan Hokkien yang bererti tanpa bunyi.Oleh kerana aktiviti maksiat itu berlaku dalam gelap dan sunyi maka ia disebut awek bohsia. Mereka ini terdiri daripada gadis-gadis belasan tahun yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun. Asalnya aktiviti mereka ialah menggoda remaja mat-mat motor untuk berseronok-seronok. Mereka bergaul bebas sesama mereka untuk bersukasuka dan melakukan hubungan seks atau minum arak. Ada antara mereka yang berkongsi lebih dari seorang lelaki bagi memenuhi kepuasan yang diingini. Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 1994-1995, mendapati 24% remaja berusia 13 tahun hingga 19 tahun pernah melakukan hubungan seks. 18% pernah melakukan hubungan seks pada peringkat umur 15 hingga 18 tahun.
8- Pelacuran 
Pelacuran merupakan penyakit sosial yang tertua dalam sejarah peradaban manusia. Masyarakat moden pada hari ini seolah-olah boleh menerima hakikat bahawa terlalu mustahil gejala ini dihapuskan. Ini kerana permintaan yang tinggi terhadap pelacur telah menjadi pemangkin kepada merebaknya gejala ini secara sukarela mahupun paksaan. Menurut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang tempoh 1993-1996, terdapat sejumlah remaja mengandung luar nikah di 10 buah institusi dimana kira-kira 456 anak luar nikah telah dilahirkan.
#NurDayanaBalqis

Tuesday, 4 February 2020

CARA MENANGANI MASALAH GEJALA SOSIAL

   1)     Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak

  2) Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

 3) Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

  4) Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

 5) Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

#AINANAZIFA

Sunday, 2 February 2020

LANGKAH PENCEGAHAN GEJALA SOSIAL


GEJALA sosial ditakrifkan sebagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Berkongsi pendapat, Ikon Guru Daerah Miri 2017 Ustaz Roshaidin Othman berkata, gejala merangkumi kesalahan etika dan moral seseorang sama ada di peringkat usia muda ataupun dewasa. Namun fokus diberikan kepada golongan muda kerana mereka pewaris kepimpinan masa akan datang.
Cegah sebelum parah. Inilah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan betapa pentingnya mengawal gejala sosial ketika ini, termasuk di Miri,” tegasnya.
MUDAH TERDEDAH
Amalan cara hidup moden sekarang semestinya memberi kesan kepada semua peringkat masyarakat termasuk pelajar.
Golongan ini mudah terdedah dengan anasir-anasir yang menyusup masuk dalam kehidupan seharian mereka terutama melalui penggunaan telefon pintar dan Internet tanpa kawalan.
Sebahagian mereka akan menghabiskan masa bermain permainan dalam talian dan mengakses paparan negatif di telefon.
Keadaan ini seterusnya membawa kepada wujudnya masalah yang lain iaitu pergaulan bebas dan gejala sosial yang lain.
Lebih teruk lagi, ketagihan penggunaan telefon bimbit telah membawa remaja ini kepada masalah membawa telefon ke sekolah tanpa disedari guru.
Mereka bertindak berkongsi video lucah sesama rakan sama ada dalam kelas ataupun bilik khas, berswafoto secara berleluasa sekitar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun ketika guru sedang mengajar, malah berkomunikasi dengan rakan dan orang luar menggunakan talian WhatsApp, Wechat, Facebook dan sebagainya ketika di sekolah,” katanya lagi.
Roshaidin berkata, semua ini memberi ruang kepada penularan unsur negatif dalam kawasan sekolah menyebabkan pelajar kurang fokus untuk menuntut ilmu.
#NUR’IZZAH’IZZATI

PUNCA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

1/02/18


PUNCA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

              Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan didada-dada akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang enteng akan masalah tersebut. Terdapat beberapa punca berlakunya masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.

           
   Antara punca berlakunya gejala sosial ialah masalah hal keluarga yang dihadapi dalam sebuah keluarga. Pertengkaran ataupun perbalahan antara ibu bapa yang berlarutan memberi impak yang besar terhadap anaknya tanpa mereka sedari. Masalah tersebut banyak berlaku apabila kedua orang tua yang disayangi mengambil keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan erti kata lain berpisah mendorong anak untuk mencari kehidupan yang lebih baik diluar dengan melakukan aktiviti yang kurang sihat iaitu melepak. Perasaan inginkan hiburan adalah lumrah kehidupan individu dengan bertujuan melepaskan tekanan dan melupakan masalah yang berlaku keatas dirinya. Percampuran pergaulan denagn golongan yang kurang adab dan tidak membawa kebaikan membuatkan mereka menjadi lebih liar dan turut kurang akhlak dalam dirinya. Lebih membimbangkan apabila mereka berasa kawan lebih penting dari keluarga. Hal ini kerana, sikap ambil berat seseorang terhadapnya menimbulkan perasaan rasa kurang kasih saying atau perhatian daripada ibu bapa. Hal ini juga berpunca disebabkan oleh ibu bapa yang tidak mengambil berat serta memandang rendah tentang masalah ynag dihadapi oleh anak mereka. Selain itu, anak-anak yang kurang mendapat perhatian ibu bapa akan mengambil tindakan yang salah tanpa berfikir panjang seperti terbabit dalam pelbagai masalah gejala sosial. Jika dibiarkan gejala melepak ini berlarutan kemungkinan akan mendatangkan pandangan yang kurang enak  dari negara luar yang beragama islam terhadap gaya hidup masyarakat kita. Justeru itu, imej negara kita akan tercemar hanya disebabkan masalah gejala melepak ini. Maka, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak dari awal lagi bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengetahui dan mengenalpasti latar belakang kawan agar anak tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Malahan, pihak polis perlulah kerap melakukan rondaan ditempat-tempt yang menjadi sasaran remaja melepak. Dengan usaha yang dilakukan dapat mengurangkan masalah gejala sosial sekaligus masalah jenayah di negara kita.

                 Tambahan pula, masalah buli juga merupakan salah satu gejala sosial yang semakin berleluasa. Ini disebabkan remaja mudah  terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan juga aksi ynag ditayangkan di media massa. Kita dapat menyaksikan betapa aksi-aksi ganas yang ditanyangkan sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap remaja khususnya untuk turut mencuba melakukannya. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru mempengaruhi diri dan terus melakukannya tanpa memikirkan akibat atau kesan terhadapnya malah keluarganya. Malahan, kebanyakan pihak sekolah yang buntu dalam mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut membuatkan mereka makin naik lemak dan berani melakukan lebih sehingga melibatkan kes pembunuhan. Apa yang lebih membimbangkan adalah sikap belas kasihan dalam diri si pembuli langsung tiada sehinggakan tidak kisah jika tindakannya sampai ke tahap pembunuhan. mengapa hal ini terjadi? Masalah ini sering terjadi adalah kerana sikap ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan lebih mengisi masa dengan mencari punca pendapatan daripada memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak. Justeru itu,ibu bapa yang tidak mahu mengambil tahu akan masalah yang dihadapinya di sekolah iaitu remaja. Implikasinya, kurang keyakinan diri akibat dibuli. Selain itu, perasaan takut muncul untuk ke sekolah akibat daripada perbuatan ini. . Dengan itu, kempen mengatasi masalah buli perlu diadakan dengan lebih kerap di sekolah dengan bertujuan bagi mendedahkan dengan lebih terperinci dan lebih dalam akan keburukan membuli. Malah, ibu bapa perlulah sentiasa menyuarakan dan menanyakan masalah yang dihadapi remaja dan memberi cadangan untuk menyelesaikannya. Melalui cara yang santai ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan turut sama menyelami hati dan keinginan mereka.
                     
     Seterusnya, masalah ponteng sekolah. Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial baru di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97% adalah dari kalangan pelajar lelaki dan 3% adalah kalangan perempuan. Masalah ponteng sekolah lebih ketara berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah iaitu tingkatan 2 dan 3 terutama mereka yang bersekolah di kawasan Bandar dan sekolah di pinggir Bandar. Di antara faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah dan melayari internet di cyber cafe.
                            
                           Perkara kepada suka mencuba ini adalah berkait rapat dengan lumba haram juga. Gejala lumba haram mula popular dikalangan remaja sekitar akhir tahun 90 an. Alasan sering kali diutarakan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah inginkan kebebasan dan keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan dalam perlumbaan haram ini adalah wang pertaruhan yang diperolehi dari penonton dan gadis remaja daripada kumpulan yang kalah. Mereka tidak ketinggalan menggunakan dadah. Kumpulan lumba haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis dan yang paling teruk mereka tidak takut mati setiap kali berlumba. Tidak menjadi masalah besar buat mereka seandainya mereka pernah terbabit dalam kemalangan atau rakan mereka maut ketika berlumba. Kumpulan ini mempunyai perasaan setia kepada kumpulan masing-masing dan sanggup terlibat dalam pergaduhan. Motosikal yang digunakan untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah diubah. Peratusan remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram ini semakin meningkat dan pihak polis sendiri semakin kerap membuat pemantauan bagi mengurangkan kes lumba haram sekaligus mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.

                           Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dan penting dalam mendidik anak dan mencorak akhlak anak agar menjadi insan yang berguna kelak. Malah ibu bapa sebenarnya merupakan insan yang menjadi role moden terhadap anaknya. Jika elok peridadi diri kedua orang tuanya maka elok jugalah kelakuan anaknya bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak dinasi. Selain itu, didikan agama yang lebih mendalam sejak kecil lagi perlu diterapkan agar mereka tahu baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya agar mereka dapat membezakan perkara yang boleh mendatangkan akibat yang besar terhadap mereka juga keluarganya. Di sekolah pula, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam pemantauan pelajar sekolahnya. Hal ini kerana guru merupakan orang penting yang kedua selain ibu bapa. Kempen tentang bahayanya dadah ataupun akibat berlakunya gejala sosial perlu diadakan dengan lebih kerap dan lebih terperinci agar mereka mengetahui dengan lebih dalam sesuatu jenayah. Perhatian yang sempurna daripada pihak guru juga perlu dititikberatkan kerana remaja gemar disayangi dan mereka juga berasa bahawa mereka memerlukan tempat bermanja selain daripada kedua ibu bapanya. Nasihat dan teguran sekiranya mereka melakukan kesalahan memberi impak yang besar agar mereka tidak lagi mengulangi perkara yang boleh mendatangkan rasa kekecewaan dalam diri orang yang mereka sayangi.

 Disamping itu, pihak polis perlu kerap mengadakan pemantauan agar masalah gejala sosial seperti melepak dan lumba haram dapat dikurangkan dan sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah dalam negara kita. Sekiranya hal ini dibiarkan ataupun dipandang enteng sahaja akan memberi kesan yang buruk terhadap imej negara kita. Malah, kadar jenayah semakin meningkat dan kemungkinan perasaan belas kasihan sudah tiada dalam diri seseorang individu. Kadar jumlah anak luar nikah juga akan meningkat dari semasa ke semasa jika gejala buruk seperti ini makin berlarutan. Imej keluarga juga turut terjejas dan menjadi buah mulut orang sekeliling. Disebabkan akan hal tersebut, kurang keyakinan diri dalam diri seseorang individu akan makin menguasai diri dan akan terlahirlah golongan remaja yang tidak progresif, aktif dan berkerjaya dalam negara kita. Negara kita juga akan menjadi lebih kucar-kacir keadaannya di masa akan datang. Ini kerana bakal pemimpin negara iaitu remaja yang merupakan generasi y memiliki akhlak yang kurang dan juga lebih mementingkan keseronokan hidup daripada memikirkan perkara yang berkaitan dengan isu-isu negara. Keluarga memainkan peranan yang sangat  penting kerana dari instirusi kekeluargaanlah kebahagiaan dan keharmoniaan sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmoniaan yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan sesebuah akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberi kesan yang besar ke atas kebahagiaan dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlaku penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial seperti diatas yang telah dibincang.seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotornya. Ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding dengan individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara yang negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyakkan muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam dalam diri seseorang itu.
          
      Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa masalah sosial pada masa kini sangat berleluasa, ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah juga golongan remaja terutamanya pelajar sekolah.  salah satu masalah sosial yang dilakukan ialah kegiatan menghidu gam. Pada kebiasaannya kegiatan ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor misalnya seperti kurangnya perhatian ibubapa, pengaruh rakan sebaya, remaja yang inginkan untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga pengaruh keluarga.  Justeru itu mereka melakukan kegiatan tersebut khususnya kegiatan menghidu gam sehingga akhirnya boleh memberikan impak dan kesan bukan sahaja kepada diri seseorang remaja itu sendiri, malah juga kepada keluarga, pendidikan dan juga masyarakat serta negara. Oleh yang demikian, bagi menghindari perkara atau kegiatan ini dari terus berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan hendaklah sentiasa membentuk beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya masalah sosial ini khususnya bagi kegiatan Menghidu gam. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Seseorang individu (remaja) mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi, bak kata pepatah:“SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA”

#NUR’IZZAH’IZZATI

Saturday, 1 February 2020

KAWAL PENGARUH DIGITAL

Arus digital hari ini membawa banyak pengaruh dalam membentuk gaya hidup dan rutin harian setiap individu. Tidak kira sama ada lelaki, wanita, dewasa, remaja mahupun kanak-kanak, masing-masing merasai tempias perkembangan teknologi ini.
Melihat dari sudut yang lebih luas, penggunaan Internet kini tidak lagi terhad di meja kerja atau di depan komputer semata-mata. Wujudnya pelbagai pilihan peranti digital kini memberi nilai tambah kepada gaya hidup masyarakat. Semuanya mudah, pantas dan boleh dicapai tanpa had masa atau tempat.
Bagaimanapun, perubahan gaya hidup, tingkah laku, penerimaan dan tabiat dilihat ketara dalam kalangan kanak-kanak. Menurut kajian tahunan dibuat syarikat media digital kanak-kanak terkemuka, TotallyAwesome, lebih lapan daripada 10 kanak-kanak di Malaysia memilih untuk mempunyai akses Internet berbanding televisyen.
Kajian berkenaan pengaruh digital dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia itu juga menganalisis tingkah laku, penggunaan media dalam talian, penggunaan peranti, kandungan dan pilihan jenama.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif TotallyAwesome, Quan Nguyen, terdapat tiga fakta utama berhubung pengaruh digital yang harus diketahui masyarakat umum kini. Pengetahuan jelas mengenai fakta berkaitan perlu untuk membantu memperkasa peranan ibu bapa dalam mendidik generasi muda berkualiti.

TELEFON PINTAR
Sama ada kita sedar atau tidak, enam daripada 10 kanak-kanak sudah memiliki telefon pintar. Angka ini mencatatkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan.
Perubahan ini secara tidak langsung, menunjukkan kanak-kanak lebih cenderung memilih peranti mudah alih (88 peratus) berbanding peranti jenis tablet (47 peratus) dan televisyen (45 peratus).
Ini semakin jelas apabila fakta menunjukkan hampir 60 peratus kanak-kanak sudah memiliki telefon pintar sendiri, sebanyak 36 peratus lagi mempunyai tablet, manakala 22 peratus yang lain memiliki televisyen di ruang sendiri.
Dengan angka penembusan ke talian mudah alih yang tinggi, maka tidak hairanlah jika saluran digital menjadi sumber maklumat utama. Lebih 90 peratus kanak-kanak yang dikaji memaklumkan mereka tahu mengenai permainan baru yang dilancarkan di Internet dan hanya 62 peratus mengakui mendapat maklumat sama dari televisyen.

KUASA IKLAN
Jika orang dewasa mudah terpengaruh dengan iklan di Internet, inikan pula kanak-kanak. Sejak dulu, mana-mana syarikat pengeluar produk lebih cenderung memilih iklan di televisyen untuk merangsang keinginan penonton, khususnya golongan kanak-kanak.
Bagaimanapun, kajian ini membuktikan berlakunya perubahan besar dalam landskap pengiklanan. Kesan daripada pengiklanan dalam talian, lapan dari 10 ibu bapa mengakui membeli produk untuk anak selepas terlihat iklan dalam talian.

Kata Quan Nguyen, pihaknya melihat sendiri bagaimana kanak-kanak di Malaysia teruja setiap kali melayari Internet. Dengan adanya telefon pintar, mereka lebih mudah dipengaruhi dengan iklan. Pasaran jenama juga lebih mudah mengaut keuntungan.

KUASA BELI
Agak mengejutkan apabila 94 peratus kanak-kanak di Malaysia dikatakan mempunyai kuasa untuk berbelanja. Selain melabur dalam dunia digital dan peranti mudah alih, mereka juga dilihat semakin banyak berbelanja.
Kira-kira sembilan daripada 10 anak menerima wang saku untuk menampung keperluan perbelanjaan mereka di sekolah atau ketika keluar bersama rakan. Daripada jumlah ini, satu pertiga menerima wang saku setiap hari.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga semakin bijak menilai apa yang dibeli, sesuai dengan peningkatan kuasa beli berbanding sebelumnya. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi ibu bapa dalam membuat keputusan saat berbelanja.
Sekalipun 77 peratus kanak-kanak masih meminta ibu bapa sendiri membeli apa yang mereka mahu, namun daripadanya cenderung mendapatkan apa yang dilihat di atas talian dengan menggunakan wang mereka sendiri. Justeru, ibu bapalah yang seakan-akan rugi. Anak-anak semakin cenderung membuat keputusan. Mereka mempengaruhi pilihan lokasi setiap kali makan di luar (80 peratus) jenis makanan ringan (78 peratus), mainan (74 peratus) serta filem yang hendak ditonton bersama (67 peratus).
“Apapun, hasil kajian menunjukkan betapa kanak-kanak hari ini mempunyai kuasa untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Tidak kira sama ada membeli secara langsung dengan wang milik sendiri atau dengan cara mendesak ibu bapa supaya memenuhi keinginan mereka. Ini semua pengaruh besar Generasi Alpha dan GenX yang bukan saja perlu difahami pemasar barangan, malah ibu bapa secara keseluruhannya,” 

#AIDANURWAFFA




PERBEZAAN KANAK-KANAK DAHULU DAN SEKARANG

zaman dulu
Perbezaan paling ketara yang kita boleh tengok antara kedua-dua generasi ni ialah daripada penggunaan teknologi yang telah mengubah lanskap perhubungan antara mereka.

nokia3310
Penggunaan telefon bimbit berjenama nokia 310



Untuk  yang lahir tahun 90-an mesti ingat punya phone ini bukan? Zaman ini paling seronok sekali bila main game snake.
Kadang-kadang sampai tak ingat nak makan sebab asyik sangat. Selain game, dengan telefon ini kita juga boleh call dan SMS sahaja. Lagi satu yang best, boleh reka nada dering untuk phone ini. Wah, seronok betul.
Ramai panggil telefon baling anjing sebab ketahannya yang tinggi dan baterinya yang tahan lama sehingga 48 jam. Smartphone sekarang paling lama 12 jam je bateri tahan lepas itu kena cas. 

public phone
Penggunaan telefon awam

Public phone ini dulu merupakan keperluan yang sangat penting kepada masyarakat. Mana tidaknya, tak semua orang mampu untuk beli telefon bimbit zaman pada zaman dahulu.
Paling legend bila nak guna public phone ni kena beratur sebab tunggu orang depan tengah bergayut tak ingat dunia! Itu belum lagi gelabah bila duit syiling nak habis. Siap ada teori tekan butang 1 dan 3 kalau nak bergayut lebih lama. 
Remaja milenial rasanya tak sempat rasa sangat pengalaman ini sebab sekarang ini sudah semakin ramai yang mampu untuk beli telefon bimbit. Paling menarik, bermula tahun 2000, public phone dah boleh digunakan dengan kad prepaid. Tak perlu duit syiling lagi.

fbtwitter
facebook & twitter pengganti perhubungan

Aplikasi media sosial yang paling popular kini semestinya Facebook dan Twitter. Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza. Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an. Facebook pula mempunyai audiens yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas.
Boleh dikatakan semua orang ada aplikasi ni dalam telefon pintar masing-masing. Betul tak? Yelah dengan kemudahan telefon pintar sekarang senang korang nak berhubung sebab kemudahan internet jalur lebar terdapat di banyak tempat termasuk di kedai mamak pun boleh dapat WiFi secara percuma.
Selain itu, kini sudah semakin ramai yang mampu untuk  melanggan internet menggunakan postpaid dan prepaid, budak sekolah rendah pun dah pakai smartphone sekarang.
#AIDANURWAFFA












Gejala sosial dalam komuniti : Satu sorotan penyelesaian dari perpekstif wahyu & bentuk-bentuk gejala sosial. Zulkifli Haji Mohd Yuso...